Sungai Sekinchin Endau - Rompin Pahang,
Pages
Rehlah Ke Jalan Hakiki
XTVT KE-2 2014
Posted by
Impian Rich
at
8:55 PM
Monday, April 21, 2014
XTVT seterusnya kami merancang untuk pergi jelajah Hutan Endau-Rompin Pahang, pada 25-27 April 2014.
Kali ini Kami akan pergi kawasan Lubuk Kelah di Sungai Sekincin.Mungkin kawasan ini agak terpencil dan kurang popular dikalangan mereka yang pernah pergi ke Hutan Endau-Rompin ini..yang senonim sebagai tempat memancing Kelah...
Pada kebiasaannya kita selalu dengar kawasan memancing yang agak popular iaitu ULU KEMAPAN yang perjalanannya memakan masa 6~7jam..
Ok Kita Tunggu apa hasilnya..
Go..MUKMIN BACKPACKERS
Xtvt Pembukaan 2014
Posted by
Impian Rich
at
7:42 PM
Thursday, February 20, 2014
Untuk Tahun 2014..seperti yg dirancang kini hampir tiba..Bulan Mach MukminBackpakers akan meredah Gunung Bintang serta xtvt bertaraf dunia iaitu Rafting di Sg Sedim Kedah.
http://mukminbackpacker.blogspot.com Kali ini cuma 11org sahaja yg bakal mengikuti program ini..memandangkan sebahagian drpd mereka ada komitmen lain selain dr faktor lokasi...
Labels:
XTVT
0
comments
Penamat XTVT 2013
Posted by
Impian Rich
at
2:57 PM
Monday, November 25, 2013
Selepas XTVT mendaki di Gunung Berlumut Kluang..Ahli MUKMIN Backpakers memberhentikan aktivitinya sementara waktu untuk tahun 2013..Almaklum lah musim hujan..Kepada yang bujang berhajat
nak melangsungkan perkahwinan atau pun yang bujang 3 tu mahu langsungkan lagi...ini lah masanya sebelum aktiviti dijalankan semula tahun depan.[ hehehe ]
Ini mungkin masanya untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak..atau pun yg baru berkahwin tu boleh lakukan aktiviti bersama isteri. Maklum lah sekarang ni musim tak menentu..Musim basah [ hujan da..]
MENGIMBAU
Sepanjang Tahun 2013 Mukmin Backpakers telah melakukan beberapa aktiviti OUTDOOR.
Yang pertama kalinya di ULU KEMAPAN ENDAU-ROMPIN PAHANG...Salah satu tempat yang sukar dilupakan buat masa ini..dengan keindahan Alam ciptaan ILAHI...Deruan Air..Desiran Angin memang memukau pada setiap peserta...
Video : http://www.youtube.com/watch?v=zE90pyruMOM
Perancangan untuk Tahun depan sedang di atur oleh organizer..Ahli atau peserta yang lain sentiasa memberi cadangan tempat tempat yang adventure bakal ditempuhi kelak.
Semoga dengan XTVT seperti ini kita dapat mengikat atau mengenali antara satu sama lain juga untuk dikenali [hehehe] juga kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah yang Maha Pencipta semesta Alam.
Semoga Perjalanan dan segala REHLAH yg telah dilakukan serta bakal di rancangkan dapat Ke Redhaan Allah.InsyaAllah.
Rehlah Di Jalan Hakiki.
nak melangsungkan perkahwinan atau pun yang bujang 3 tu mahu langsungkan lagi...ini lah masanya sebelum aktiviti dijalankan semula tahun depan.[ hehehe ]
Ini mungkin masanya untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak..atau pun yg baru berkahwin tu boleh lakukan aktiviti bersama isteri. Maklum lah sekarang ni musim tak menentu..Musim basah [ hujan da..]
MENGIMBAU
Sepanjang Tahun 2013 Mukmin Backpakers telah melakukan beberapa aktiviti OUTDOOR.
Yang pertama kalinya di ULU KEMAPAN ENDAU-ROMPIN PAHANG...Salah satu tempat yang sukar dilupakan buat masa ini..dengan keindahan Alam ciptaan ILAHI...Deruan Air..Desiran Angin memang memukau pada setiap peserta...
Video : http://www.youtube.com/watch?v=zE90pyruMOM
XPDC yang Ke-2 pula di Gunung Ledang Muar Johor.Berkesempatan melihat kehebatan panorama ciptaan ALLAH..Walaupon ini cuba secebis sahaja yg kita nikmati tetapi ia cukup bermakna puas..apabila kita capai tujuan juga objektif sebenar XPDC ini..Rehlah Di Jalan Hakiki hingga ke puncak Gunung
Sedutan Video1 : http://www.youtube.com/watch?v=_Tocl7hFX38
Mengenai cabaran..ia memang cukup mencabar..lain tempat lain cabarannya..perbezaan ketinggian puncak gunung bukan ukuran kepada cabaran..yang tiada puncak pun tercabar jugak seperti di Ulu Kemapan..cabarannya terletak di Bukit Taubat..kepada mereka yang telah sampai disini..memang treking di Bukit Taubat ni lah yg sentiasa menjadi igauan...[ hehehe ]
Kawasan rehat Bukit Semput
Di Gunung Ledang Pula cabarannya.Pelbagai treking yang telah dibagi namaya..antaranya Bukit Semput, Laluan KFC,Sungai 3 Segi,laluan bertali iaitu Laluan Batu Hampar.Tetapi antara banyak laluan yang terasa mencabar adalah treking menuju CP1 iaitu Bukit Semput..Keduanya Laluan Batu Hampar.
Semoga dengan XTVT seperti ini kita dapat mengikat atau mengenali antara satu sama lain juga untuk dikenali [hehehe] juga kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah yang Maha Pencipta semesta Alam.
Semoga Perjalanan dan segala REHLAH yg telah dilakukan serta bakal di rancangkan dapat Ke Redhaan Allah.InsyaAllah.
Rehlah Di Jalan Hakiki.
Labels:
Rehlah,
XTVT
0
comments
KUFI
Posted by
Impian Rich
at
8:08 AM
Monday, November 11, 2013
Kufi MUKMIN Backpakers
Di dalam kesibukan..sentiasa mencari ruang untuk menulis disini..Sebelum ni memang minat dengan tulisan Kufi ni..Terdetik pula nak cuba membuatnya..So,ini lah hasilnya...hehehe..baru belajar...Kalau sesuai boleh lah digunakan utk sticker cermin kereta nanti...Under Construction ! !
Posted by
Impian Rich
at
7:40 AM
Tuesday, November 5, 2013
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”
- (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG,
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN,
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN,
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN.. :)
REHLAH Gunung Berlumut.Kluang
Posted by
Impian Rich
at
7:39 AM
Kali ini seramai 27 tetapi 3orang telah menarik diri atas sebab tertentu. So tinggal 24 orang yang mendaki-kira-kira setinggi 1,010 metres (3,314 ft) .Kali ini ia bakal menguji ketahan mental serta tahap fizikal para peserta...
Tapi sebelum memulakan Pendakian ini sedikit Procedur mesti dibuat seperti memohon permit masuk Hutan Simpan melalui Jabatan Hutan serta memerlukan Guider sebagai Penunjuk Arah. Senarai nama lengkap Peserta jangan lupa untuk laporan pendakian di Balai Polis Berdekatan sebelum pendakian.
Doa dan Briefing
Sebelum meneruskan Xtvt...kami berkumpul mendengar kata kata dari tuan renjer,salah 1 katanya..jika sebelum pukul 2 petang tidak sampai kepuncak..harus patah balik sahaja..kerana kemungkinan besar untuk berjalan dalam keadaan gelap itu ada nanti.Selepas tu acara doa disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridzuan aka Abu Razeen.
Cabaran Bermula
Ayuh! Cabaran bermula lebih kurang Jam 0845 ( kalau tak silap..hehehe )Akan memakan masa 4Jam Ontrack..Ops..sebelum tu bergambar dulu...hehehe..takut nanti dah penat tak larat lak..Tengok masing-masing jiwanya berkobar-kobar macam dah tak sabar dah nak tawan puncak...Tidak ketinggalan juga peserta paling muda kali ni..Mohammad Rasyid Redha 10thn..nafas muda..tenaga muda...hehehe..
Alhamdulilah...Selamat sampai di CP1 setelah perjalanan kira-kira 45minit..melepaskan lelah...Guider AbangLan kata " lepas ni kita akan 'ber'tracking pacak...selama 1jam''sambil tesengeh..muka masing2 apa lg..senyum aje..hehehe..macam tak ikhlas...jek...macam nak balik semula...jek..hehehe..
Memang benar apa yang dikatakan AbangLan tu...Track yang mantap..seolah-olah tak memberi 'chan' langsung kaki untuk berjalan di tanah landai...70-85degree kecongannya seperti mahu 'beat' laluan Bukit Semput dan laluan KFC di Gunung Ledang...Beza ketinggian Gunung Ledang dengan Gunung Berlumut hanya 200m sahaja..
Bila kaki dah mula rasa sengal sana sengal sini..apalagi..masing-masing buat CP sendiri..hehehe..
Melepaskan lelah sekejap sebelum meneruskan perjalanan..Time ni Mind Setnya adalah menuju ke puncak dengan cepat dan selamat..Posing..'tangkap gambar' tu jadi kemestian...depan kamera kena senyum..hehehee..sembunyikan dulu perasaan sengal dan penat tu...
Ustaz Kali ni nak jadi 'Sweeper' katanya..sweeper ni Orang power tapi cover paling belakang. Ibnu Moksen pula 'GOGO' iaitu organizer..sebab tu kalau dia dapat tenaga baru dia lompat lompat..kekeke..Walaupun dalam keadaan penat...ketawa pn masih boleh lagi ..Group ni memang best...
Gambar diatas ni kira CP yang terakhir sebelum sampai ke Puncak kira 20minit dari lokasi...Disini lah tempat kami makan tengahari..juga solat nanti ...sekarang ni jam menunjukkan lebih kurang 1130am.
Di CP ni ada bekalan air..iaitu lokasi kedua dan terakhir CP yang mempunyai punca bekalan air tapi Kena turn sikit...
Syukur Alhamdulilah...Dengan berkat kesabaran dengan 1 tekad 1 Tujuan..Akhirnya Objektive ke Puncak Gunung Berlumut tercapai.....
Sebelum bergerak semula kebawah..SOLAT dulu...Yang wajb jangan ditinggalkan...Anugerah Allah kita nikmati perintah NYA juga kita mesti ingati dan patuhi...Amin...
Perjalanan turun pula cuma mengambil masa 2jam30 minit sehingga 3jam sahaja...Cuaca sepanjang Tracking sangat baik berbandingka hari2 sebelumnya...setiba sahaja dibawah...baru hujan turun membasahi bumi...
Labels:
Mendaki
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
XTVT OUTDOOR Apakah Yang ANDA minat..?
Total Pageviews
Popular Posts
-
Setelah Pendakian GUNUNG LEDANG beberapa bulan berlalu kini tiba masanya untuk pendakian seterusnya iaitu di GUNUNG BERLUMUT, KLUANG JOHO...
-
Selepas XTVT mendaki di Gunung Berlumut Kluang..Ahli MUKMIN Backpakers memberhentikan aktivitinya sementara waktu untuk tahun 2013..Almaklum...
-
Untuk Tahun 2014..seperti yg dirancang kini hampir tiba..Bulan Mach MukminBackpakers akan meredah Gunung Bintang serta xtvt bertaraf dunia ...
-
XTVT seterusnya kami merancang untuk pergi jelajah Hutan Endau-Rompin Pahang, pada 25-27 April 2014. Kali ini Kami akan pergi kawasan Lubuk...
-
Kufi MUKMIN Backpakers Di dalam kesibukan..sentiasa mencari ruang untuk menulis disini..Sebelum ni memang minat dengan tulisan Kufi n...
-
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamn...
Rehlah Ke Jalan Hakiki
Powered by Blogger.