Penamat XTVT 2013

Monday, November 25, 2013
Selepas XTVT mendaki di Gunung Berlumut Kluang..Ahli MUKMIN Backpakers memberhentikan aktivitinya sementara waktu untuk tahun 2013..Almaklum lah musim hujan..Kepada yang bujang berhajat
nak melangsungkan perkahwinan atau pun yang bujang 3 tu mahu langsungkan lagi...ini lah masanya sebelum aktiviti dijalankan semula tahun depan.[ hehehe ]
Ini mungkin masanya untuk lakukan aktiviti bersama anak-anak..atau pun yg baru berkahwin tu boleh lakukan aktiviti bersama isteri. Maklum lah sekarang ni musim tak menentu..Musim basah [ hujan da..]

MENGIMBAU
Sepanjang Tahun 2013 Mukmin Backpakers telah melakukan beberapa aktiviti OUTDOOR.
Yang pertama kalinya di ULU KEMAPAN ENDAU-ROMPIN PAHANG...Salah satu tempat yang sukar dilupakan buat masa ini..dengan keindahan Alam ciptaan ILAHI...Deruan Air..Desiran Angin memang memukau pada setiap peserta...
Video : http://www.youtube.com/watch?v=zE90pyruMOM



XPDC yang Ke-2 pula di Gunung Ledang Muar Johor.Berkesempatan melihat kehebatan panorama ciptaan ALLAH..Walaupon ini cuba secebis sahaja yg kita nikmati tetapi ia cukup bermakna puas..apabila kita capai tujuan juga objektif sebenar XPDC ini..Rehlah Di Jalan Hakiki hingga ke puncak Gunung 
             Video2 : http://www.youtube.com/watch?v=-VXoEJSElVs



Mengenai cabaran..ia memang cukup mencabar..lain tempat lain cabarannya..perbezaan ketinggian puncak gunung bukan ukuran kepada cabaran..yang tiada puncak pun tercabar jugak seperti di Ulu Kemapan..cabarannya terletak di Bukit Taubat..kepada mereka yang telah sampai disini..memang treking di Bukit Taubat ni lah yg sentiasa menjadi igauan...[ hehehe ]
Kawasan rehat Bukit Semput

Di Gunung Ledang Pula cabarannya.Pelbagai treking yang telah dibagi namaya..antaranya Bukit Semput, Laluan KFC,Sungai 3 Segi,laluan bertali iaitu Laluan Batu Hampar.Tetapi antara banyak laluan yang terasa mencabar adalah treking menuju CP1  iaitu Bukit Semput..Keduanya Laluan Batu Hampar.

Perancangan untuk Tahun depan sedang di atur oleh organizer..Ahli atau peserta yang lain sentiasa memberi cadangan tempat tempat yang adventure bakal ditempuhi kelak.
Semoga dengan XTVT seperti ini kita dapat mengikat atau mengenali antara satu sama lain juga untuk dikenali [hehehe] juga kita dapat melihat kebesaran ciptaan Allah yang Maha Pencipta semesta Alam.
Semoga Perjalanan dan segala REHLAH yg telah dilakukan serta bakal di rancangkan dapat Ke Redhaan Allah.InsyaAllah.
Rehlah Di Jalan Hakiki.

0 comments:

Post a Comment