Kali ini seramai 27 tetapi 3orang telah menarik diri atas sebab tertentu. So tinggal 24 orang yang mendaki-kira-kira setinggi 1,010 metres (3,314 ft) .Kali ini ia bakal menguji ketahan mental serta tahap fizikal para peserta...
Tapi sebelum memulakan Pendakian ini sedikit Procedur mesti dibuat seperti memohon permit masuk Hutan Simpan melalui Jabatan Hutan serta memerlukan Guider sebagai Penunjuk Arah. Senarai nama lengkap Peserta jangan lupa untuk laporan pendakian di Balai Polis Berdekatan sebelum pendakian.
Doa dan Briefing
Sebelum meneruskan Xtvt...kami berkumpul mendengar kata kata dari tuan renjer,salah 1 katanya..jika sebelum pukul 2 petang tidak sampai kepuncak..harus patah balik sahaja..kerana kemungkinan besar untuk berjalan dalam keadaan gelap itu ada nanti.Selepas tu acara doa disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ridzuan aka Abu Razeen.
Cabaran Bermula
Ayuh! Cabaran bermula lebih kurang Jam 0845 ( kalau tak silap..hehehe )Akan memakan masa 4Jam Ontrack..Ops..sebelum tu bergambar dulu...hehehe..takut nanti dah penat tak larat lak..Tengok masing-masing jiwanya berkobar-kobar macam dah tak sabar dah nak tawan puncak...Tidak ketinggalan juga peserta paling muda kali ni..Mohammad Rasyid Redha 10thn..nafas muda..tenaga muda...hehehe..
Alhamdulilah...Selamat sampai di CP1 setelah perjalanan kira-kira 45minit..melepaskan lelah...Guider AbangLan kata " lepas ni kita akan 'ber'tracking pacak...selama 1jam''sambil tesengeh..muka masing2 apa lg..senyum aje..hehehe..macam tak ikhlas...jek...macam nak balik semula...jek..hehehe..
Memang benar apa yang dikatakan AbangLan tu...Track yang mantap..seolah-olah tak memberi 'chan' langsung kaki untuk berjalan di tanah landai...70-85degree kecongannya seperti mahu 'beat' laluan Bukit Semput dan laluan KFC di Gunung Ledang...Beza ketinggian Gunung Ledang dengan Gunung Berlumut hanya 200m sahaja..
Bila kaki dah mula rasa sengal sana sengal sini..apalagi..masing-masing buat CP sendiri..hehehe..
Melepaskan lelah sekejap sebelum meneruskan perjalanan..Time ni Mind Setnya adalah menuju ke puncak dengan cepat dan selamat..Posing..'tangkap gambar' tu jadi kemestian...depan kamera kena senyum..hehehee..sembunyikan dulu perasaan sengal dan penat tu...
Ustaz Kali ni nak jadi 'Sweeper' katanya..sweeper ni Orang power tapi cover paling belakang. Ibnu Moksen pula 'GOGO' iaitu organizer..sebab tu kalau dia dapat tenaga baru dia lompat lompat..kekeke..Walaupun dalam keadaan penat...ketawa pn masih boleh lagi ..Group ni memang best...
Gambar diatas ni kira CP yang terakhir sebelum sampai ke Puncak kira 20minit dari lokasi...Disini lah tempat kami makan tengahari..juga solat nanti ...sekarang ni jam menunjukkan lebih kurang 1130am.
Di CP ni ada bekalan air..iaitu lokasi kedua dan terakhir CP yang mempunyai punca bekalan air tapi Kena turn sikit...
Syukur Alhamdulilah...Dengan berkat kesabaran dengan 1 tekad 1 Tujuan..Akhirnya Objektive ke Puncak Gunung Berlumut tercapai.....
Sebelum bergerak semula kebawah..SOLAT dulu...Yang wajb jangan ditinggalkan...Anugerah Allah kita nikmati perintah NYA juga kita mesti ingati dan patuhi...Amin...
Perjalanan turun pula cuma mengambil masa 2jam30 minit sehingga 3jam sahaja...Cuaca sepanjang Tracking sangat baik berbandingka hari2 sebelumnya...setiba sahaja dibawah...baru hujan turun membasahi bumi...
0 comments:
Post a Comment